Tuesday, April 29, 2008

Math 911

Another funny things....

From Mr. Armron...


Monday, April 21, 2008

Lawak hilangkan Tension....

Hah...kali ni pula cerita lawak...untuk hilangkan stress dikepala...Thanks to Ms Juvinia...

LAWAK 1


Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? "

(bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ....."
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak

LAWAK 2

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

LAWAK 3

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you

LAWAK 4

SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

LAWAK 5

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

LAWAK 6

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalanĂ‚² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

LAWAK 7

Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan, Mael diterkam pak belang.Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss..sssee.. selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak...dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis. .?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...

LAWAK 8

Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..

LAWAK 9

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. .. tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... bedebik!!!!! ! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. .. 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie.... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

LAWAK 10

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk.Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".Pemuda meminta satu teh panas.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang- cengang..

honkhonkhonkkkk

LAWAK 11

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

LAWAK 12

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

honkkhonkkhonkk

LAWAK 13

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"

LAWAK 14

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi. "Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

LAWAK 15

Pada satu masa dahulu ..
Ader sekor monyet
Dia tersangatlah pandainya ..
Disebabkan kepandaian yang ada pada dirinya
Dia telah menciptakan satu alat
Alat itu dinamakan ..KOMPUTER..

Bila monyet nie mati..
Kebijaksanaan beliau telah diturunkan kepada anaknya
Disebabkan komputer itu diwasiatkan kepada anaknya
Anak monyet itu pun mencipta apa yang dipanggil .. INTERNET..

Bila cucu kepada monyet itu dewasa ..
Dia pun tertarik dengan komputer dan internet ..
Dia pun mulalah mencipta apa yang kita panggil ..EMAIL..

Tetapi cicit monyet tersebut lain plak kisahnya..
Dia ni dahlah bengap.. bodoh.. bangang.. tolol.. bengong..
Disebabkan kebodohan dan ketololan tersebut..
Beliau tak tahu nak mencipta ape-ape
Kecuali membaca email..dan segala ape yg terkandung di dalam internet serta terpapar di screen komputer
Contohnya dia sekarang tengah baca cerita nie.hehehhehehehe

Abissssss....sambung kerja....hehehe

Thursday, April 17, 2008

American Idol

The Next American Idol....:-)

David Cook


* Age: 25
* Hometown: Blue Springs, MO
* Favorite Quote: "Pain don't hurt." - Patrick Swayze in "Roadhouse"
* Audition City: Omaha
* Musical Influences: Our Lady Peace, Big Wreck.



and


David Archuleta

* Age: 17
* Hometown: Murray, UT
* Favorite Quote: "You'll never be lonely if you learn to befriend yourself."
* Audition City: San Diego
* Musical Influences: Natalie Cole, Stevie Wonder, Kirk Franklin, Bryan Adams.





This is my opinion...What yours?

Dah Ke Belum???

This morning i received an email from my friend (Mr. Armron). Thanks Armron...at least i have something to post today. Lets watch this clip...

Monday, April 14, 2008

Mr Kaamatan 2008

Aramaiii ttiiii....
Tinggal beberapa minggu saja lagi bulan Pesta Kaamatan akan menjelang tiba. Rasanya semua orang tidak sabar untuk menanti saat itu. Oklah kali ini saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan anda semua...Sempena pesta kaamatan ini SHOWBOY INC dengan kerjasama D'Image Production akan menganjurkan Mr. Kaamatan 2008. Pendaftaran kini telah dibuka sejak 11 April lalu. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pertandingan ini sila hubungi penama - penama di bawah... Semua guna DiGi...Masa untuk berubah...hehehe...

016 - 5855226 (Walt)
016 - 8176667 (Nancy)
016 - 8455446 (Nick)
016 - 8108030 (Armiel)
016 - 8380065 (Ayu)
016 - 8035242 (Khai)

Atau....

emailkan pertanyaan anda kepada...

showboy_inc@yahoo.com.my
d_m_image@yahoo.com.ph

Dan berikut adalah aturcara yang telah disusunatur oleh pihak penganjur...

11 April (Friday) - Registration Starts
20 April (Sunday) - Photo Shoot / Press Release at Asia City Complex, KK
26 April (Saturday) - Grand Final KL Selection, the Zone Hotel KL
1 May (Thursday) - Promo Tour 1 Fashion Show at Asia City Complex, KK
4 May (Sunday) - Promo Tour 2 - Charity at Bukit Harapan Home, Jalan Tuaran by pass
(with the News Sabah Times)
9 May (Friday) - Preview at Q-Bar, Jalan Gaya, KK with KL top 3 Winners
12 May (Monday) - Preview at The Fun Pub, D'Junction
23 May (Monday) - Semi - Final
7 June (Saturday) - Grand Final

Syarat - syarat pertandingan

- 18 - 30 tahun, bujang / berkahwin
- Ketinggian 165cm
- Yuran pendaftaran RM20 sahaja
- Sertakan gambar 3 X 4R yang memaparkan pose muka, setengah badan dan badan
- Pertandingan ini terdiri dari tiga (3) pusingan iaitu Casual, A touch of Borneo dan Traditional
Costume

Hadiah yang menanti pemenang...lumayan nie...

TOP PRIZE

Winner
RM 5000 worth of cash & prizes + travel package to Manila + Sash + Trophy + Sponsored Gift

Runner - up
RM 3000 worth of cash & prizes + return air ticket to Manila + Sash + Trophy + Sponsored Gift


2nd Runner - up
RM 2000 worth of cash & prizes + return air ticket to Manila + Sash + Trophy + Sponsored Gift


SUBSIDIARY TITLES
RM 1000 worth of cash and prizes + Medal + Sash + Sponsored Gift

Mr Popular (SMS Vote)
Mr Macho
Mr Sexy
Mr Best Costume
Mr Photogenic
Best Dancer
Best Body

- All contestants will be given a certificate of participation from the organizers.


Mr Hunk 2008 - Billy

Tuesday, April 8, 2008

Tugasan Minggu ke 4 Akademi Fantasia 6

Berikut adalah tugasan pelajar untuk minggu ini:

PELAJAR LELAKI

Nubhan : Cinta Hampa (D'Llyod)
Riz : Marabahaya (Pop Shuvit)
Faisal : Joget Bunga Melati (Halil Chik)
Stanly : Kasih Tercipta (Faizal Tahir)
Alif : Come Out And Play (Offspring)
Toi : Laukku Cukup Masin (Spider)

PELAJAR WANITA

Rina : Terbang Helang (Datuk Sharifah Aini)
Nadia : Mengapa Di Rindu (Saloma)
Saida : Hati Kama (Datuk Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)
Stacy : Cinta Terlarang (Stacy)

Keupayaan Stacy sekali lagi tercabar dengan diberikan lagu baru. Ini merupakan satu lagi kejutan yang berlaku dalam sejarah Akademi Fantasia. Seperti yang kita ketahui lagu baru hanya diberikan menjelang konsert final. Ini jelas terbukti bahawa pihak Akademi Fantasia sendiri mempercayai bakat yang ada pada Stacy dan memberi kepercayaan kepadanya untuk menyanyikan lagu baru!!! Jadi tunggu apa lagi...AFUNDI STACY!!!!

Sunday, April 6, 2008

Akademi Fantasia 6 Konsert Ke 3

Ayoo..once again i missed to see the Akademi Fantasia concert, tapi nasib sangat sangat sangat Astro Ria siarankan ulangan. Padahal tema konsert ke 3 ini merupakan konsert yang paling mencabar bagi setiap pelajar Akademi Fantasia iaitu ROCK. Rasanya dalam ramai - ramai pelajar dalam tu bukan semua boleh nyanyi rock dengan baik.

Mama Rina

Memang nampak sangat Mama Rina punya aura seorang penghibur. Begitu yakin, suara rock yang rasanya tidak dipaksa - paksa, menguasai setiap sudut ruang pentas (Sampai turun pentas lagi..), sangat bertenaga, interaksi penonton dan sangat - sangat menghiburkan. Go mama go!!!

Stacy

Satu permulaan konsert yang sangat gempak. Saya setuju dengan pandangan ketiga - tiga pengkritik malam tu. Stacy tiada masalah dalam nyanyian (Saya pernah menonton persembahan Stacy bersama Evoke secara live di padang Kompleks Sukan Kudat..). Memang tidak dinafikan bakat dan kebolehan yang ada pada Stacy. Cuma mungkin pergerakan kalau diatur sebaiknya nampak lebih kemas. Apa-apapun persembahan Stacy sangat cemerlang. Maybe lack of experience compare with Mama Rina..

Thursday, April 3, 2008

Flashback Akademi Fantasia Winner

Sedang sibuk - sibuk memikirkan tajuk apa yang seronok untuk dibincangkan, suka saya mengajak kawan - kawan semua untuk lihat semula persembahan bintang - bintang yang dilahirkan dari program Akademi Fantasia dari musim pertama sehingga musim ke lima.


AF1 - Vince



AF - Zahid



AF3 - Mawi



AF4 - Faizal



AF5 - Mila




Bagi anda, bintang AF musim berapakah yang paling MALATOP (bilang Velvet)...