Monday, February 23, 2009

REUNION FINALIS KDM IDOL MELALUI KOMPILASI KE-2



Dipetik dari
New Sabah Times
Selasa, 24 Februari 2009

Oleh Raphiel Pinus

Setelah hampir empat tahun selepas penerbitan album dan MTV Karaoke KDM Idol I, kini album KDM Idol 2 menyusul dengan komposisi lagu-lagu terbaru.

Reno, Fredo, Fran, Leena dan Auni Nabilla, walaupun sekarang ini masing - masing sibuk dengan kerjaya, masih sempat bergabung menjayakan album ke 2 mereka. Enam lagu dalam kompilasi ini diambil dari album solo Auni Nabilla, Reno dan Fredo manakala Leena dan Fran yang belum memiliki album solo, masing - masing merakamkan dua lagu baru. Empat lagu baru itu merupakan ciptaan Asmin Mudin manakala liriknya pula ditulis oleh LP Ally Raphiel Pinus. Ia membabitkan "Ginawo i intangan", "Tumopot om Kogirot", "Kokiriu Monompogunan" dan "Kahandaman Di Kosinduol".

Mengenai perkembangan terkini artis - artis berkenaan, Fredo dan Reno bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Leena dan Fran pula bekerja dengan jabatan kerajaan, manakala Auni Nabilla mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan seni persembahan. Turut menjadi tarikan dalam album kompilasi KDM Idol 2 ini adalah, lagu bonus yang dimuatkan oleh sykline iaitu lagu Pertemuan Terakhir Ini nyanyian duet Den Bisa dan Clarice Johm Matha yang juga mentor finalis KDM Idol sebelum ini. Sebagai rekod, dalam album kompilasi KDM Idol I, track bonus yang dimuatkan adalah Percintaan Tanpa Izin.

Mendapatkan komen Abu Bakar Ellah selaku bekas "Guru Besar" finalis KDM Idol, beliau menyatakan rasa bangga kerana kesemua bekas pelajarnya telah memiliki kerjaya masing - masing. "Ketika ini mengharapkan jualan album semata - mata belum mampu menjamin masa depan para artis tempatan dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana telah mendapat pekerjaan," jelas artis ini.

Selain album kompilasi KDM Idol 2, Leena, Fran, Fredo dan Reno turut muncul dalam kompilasi "Songulun Iso Sinding", iaitu sebuah lagi MTV Karaoke yang menampilkan lagu - lagu terbaik Skyline. Artis lain yang turut terlibat dalam album MTV Karaoke ini adalah, Clarice John Matha, Kimin Mudin, Apai, Lydia Kalidin, Amie Joba, Jestie Alexius, Aldro John Gaisah dan Jeply Miroh. 12 lagu dimuatkan dalam album yang diterbitkan dalam bentuk CD audio dan VCD ini iaitu Superstar, Kada Tagako, SMS, Kada Maya Dogo, Rati Dot Piupusan, Bey Koupusanku, Tingkodon Noh, Nunu Poduli, Sopinsodu, Tulun Tokou, dan lagu Tupus Kinabalu yang diterjemah dan nyanyian dalam Bahasa Dusun oleh Jeply Miroh.

Menurut Pengurus Perhubungan Media Skyline Enterprise Ramli Ahmad, album kompilasi ini merupakan satu strategi penting untuk mempromosikan artis - artis kepada peminat hiburan tempatan. "Album kompilasi ini bukan semata - mata berorientasikan keuntungan...kita perlu album seperti ini yang menampilkan lebih ramai artis terutama mereka yang belum menerbitkan album ke-2 supaya sentiasa diingati peminat." jelasnya.

Thursday, February 19, 2009

Akan Tiba - Alif OIAM

Lirik Akan Tiba - Alif OIAM

Hey hati ku..
Selalu
mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yg ku mahu selama ini

Am Em
Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu

C/o
Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dh mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu
Ku ingin selalu dekatmu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga hari esok kembali lagi

Written By: Amylea
Lyrics By: Amylea



Wednesday, February 4, 2009

RED CARD

Tiba di 1borneo tepat jam 10.00am... Sudah ramai orang yang datang untuk beradu nasib dalam ujibakat Akademi Fantasia Musim ke - 7. Tiba-tiba jumpa pula DFM sedang mengisi borang. Hmmm... ada kawan ni... Selepas tu, jumpa pula dengan Emily (Vinusak). Tambah senang hati sebab ada juga rakan seperjuangan yang datang untuk ujibakat tu... Semasa mengambil nombor giliran saya terlupa untuk photostat IC dan sebab itu DFM dan Emily dapat number yang lebih awal. Hmmm... Kumpulan DFM masuk ke gelanggang pertama... Diikuti kumpulan Emily... Dan akhirnya saya... entah kenapa nervous sangat sangat sangat... Tapi bila nampak DFM dan Emily layak ke stage 2... saya begitu bersemangat... orang - orang yang terdahulu di hadapan saya semuanya tidak berjaya dan semangat saya jadi turun naik... Akhirnya giliran saya pula...

Fredo : Boleh nyanyi dari chorus ka?

Jugde : Tak boleh. Kene nyanyi dari awal...

Fredo : Ok...

Huh.... tersalah ambil key... key tinggi... (dalam hati...aduhhh mataii la di chorus nie...) saya pause jap sebelum masuk chorus... tarik nafas....

Judge : hah... chorus...!!!

Terus ja saya nyanyi... Thank God nasib dapat... Tiba - tiba...

Judge 2 : Lagu lain... Lagu melayu pulak...

Fredo : Hmm... Naluri Lelaki (Samsons)

Judge : Good!! Good Choice... ok start....

Tanpa buang masa terus nyanyi and the judges bilang YES... Lega dan gumbira...

Setelah hampir 12 orang berjaya di stage 1, kami di bawa ke Stage 2 pula... dan di sanalah berakhirnya perjalanan kami...

Nurul : Fredo, lain kali lebih bersedia yer...

Fredo : Thank you... :-)

Dengan rasa hampa dan marah (sebab lupa lirik....) keluar ke pintu "Merah" Kawan - kawan yang senasib sedang menunggu... DFM, Emily (Vinusak), dan beberapa orang lagi saya tidak kenal... Apa boleh buat... Cuba lagi tahun depan... hehe