Sunday, April 6, 2008

Akademi Fantasia 6 Konsert Ke 3

Ayoo..once again i missed to see the Akademi Fantasia concert, tapi nasib sangat sangat sangat Astro Ria siarankan ulangan. Padahal tema konsert ke 3 ini merupakan konsert yang paling mencabar bagi setiap pelajar Akademi Fantasia iaitu ROCK. Rasanya dalam ramai - ramai pelajar dalam tu bukan semua boleh nyanyi rock dengan baik.

Mama Rina

Memang nampak sangat Mama Rina punya aura seorang penghibur. Begitu yakin, suara rock yang rasanya tidak dipaksa - paksa, menguasai setiap sudut ruang pentas (Sampai turun pentas lagi..), sangat bertenaga, interaksi penonton dan sangat - sangat menghiburkan. Go mama go!!!

Stacy

Satu permulaan konsert yang sangat gempak. Saya setuju dengan pandangan ketiga - tiga pengkritik malam tu. Stacy tiada masalah dalam nyanyian (Saya pernah menonton persembahan Stacy bersama Evoke secara live di padang Kompleks Sukan Kudat..). Memang tidak dinafikan bakat dan kebolehan yang ada pada Stacy. Cuma mungkin pergerakan kalau diatur sebaiknya nampak lebih kemas. Apa-apapun persembahan Stacy sangat cemerlang. Maybe lack of experience compare with Mama Rina..

No comments: