Thursday, May 15, 2008

Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggung

Kesan daripada angin yang bertiup kencang selaju 240km/jam, Cyclone Nargis yang menerjah negara Myanmar memberi sedikit sebanyak kesan kepada negara kita. Tempias angin Cyclone Nargis yang bertiup kencang selaju 40km/jam di utara Sabah cukup menggerunkan. Roofs were reportedly torn off (Saya lupa nama sekolah dia) and trees blown over!!! Waduh...terpaksa buat kerja lebih masa untuk buat road inspection...mana tau ada fallen tree, landslide, bla...bla...bla... Uinaahhh... biasanya kalau hujan yang ada angin siuuukk jaa mau tidur... Tapi sekarang tiada chance sudah mau buat begitu...Hujan + Angin = Mata terbeliak + Jantung berdegap degup + Bangun + Site Inspection!!!

Walaubagaimana angin kencang dan hujan melanda sekitar jam 6pm - 11pm pada 14th May 2008 (Rabu) lepas, suasana terus berpihak kepada acara Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Matunggung. Sebaik saja habis waktu kerja saya terus melarikan diri ke Matunggung Baru (Pinawantai) untuk memberi sokongan moral kepada rakan - rakan yang menyertai pertandingan Sugandoi Kaamatan. Rata - rata peserta adalah rakan seperjuangan saya semasa Pertandingan Bakat Karnival 2007. Freddy, Larry Boy, Cherry Nella, Brenda... Seramai 10 orang peserta yang akan bersaing untuk merebut gelaran Sugandoi Kaamatan 2008 peringkat daerah kecil Matunggung itu. Para pengadil pada petang itu terdiri daripada YB Sarapin, S.Welly (Popular dengan lagu Gadis Kudat), Apai (Popular dengan lagu Bey Koupusanku) dan juga seorang lagi artis Sabah yang popular dengan lagu Hiti Oku Poingandad, Iyve Alexandra. Special appearance malam tu Reno KDM Idol dan Sunny. Suasana terus dihangatkan dengan coleteh dua orang pengacara Robbie Vinusak dan juga Raymond@Azlan.

Bercakap mengenai penganjuran Sugandoi Kaamatan bagi peringkat daerah kecil Matunggung ini lebih "happening" berbanding penganjuran Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Kudat. Itu yang saya rasakan setelah menghadiri acara Sugandoi Kaamatan dikedua-dua daerah tersebut. Para finalis daerah Kudat kurang menunjukkan semangat untuk membuat yang terbaik berbanding finalis di daerah kecil Matunggung. Boleh dikatakan finalis di daerah kecil lebih baik berbanding finalis di daerah Kudat. Apa-apapun saya ucapkan best of luck untuk kedua-dua wakil daerah Kudat dan daerah kecil Matunggung dalam pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 21hb May 2008 untuk separuh akhir dan 23hb May 2008 pertandingan akhir. Chiaaayyoooo....



Freddy Okuling
Juara Sugandoi Kaamatan Daerah Kecil Matunggung


Brenda Londoh
Naib Johan Sugandoi Kaamatan Daerah Kecil Matunggung

Larry Boy
Tempat ke-3 Sugandoi Kaamatan Daerah Kecil Matunggung

The winners...

2 comments:

Pirut said...

Boss, nanti sa pinjam ko punya gambar ahh.. okey bah kan.. sa copy paste tu gambar yg menang sugandoi tu.

Fredo said...

Buli bah kalau kau Tuan...hehe..bah pinjam pandai kasih balik ahhh...wakaka...