Sunday, May 25, 2008

Keputusan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2008

Tahniah kepada semua pemenang Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2008!!!!

The Winner Malvin Kalbin
Representing Daerah Kecil Tongod



Malvin Kalbin-Winner (Daerah Kecil Tongod), Siti Norzilah Majilin-1st Runner-up (Daerah Kecil Sook) and Ervinna Benjamin-2nd Runner-up (Tambunan)

Teringat zaman - zaman saya dulu... Tahun 2002 dulu... Saya represent Daerah Kecil Kemabong...Hehehe... Saya masih ingat sewaktu saya menyertai Pertandingan Sugandoi Peringkat Daerah Keningau. Pada masa itu saya tersangatlah mentah lagi. Sebelum itu saya pernah mengikuti pertandingan di peringkat Kampung dan menjadi Juara Kampung..hahahha..*lol*...Oh ya pertandingan nyanyian di Pesta Ria (Fun Fair) pun saya pernah Johan... Hahahah... Itu yang paling lucu sebab saya tiada latihan dengan band pengiring pertandingan. Selepas tu, barulah konon-konon memberanikan diri mengikuti pertandingan di peringkat daerah. Tapi nasib tidak menyebelahi saya kerana tersingkir dari senarai finale Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Keningau. Pada masa tu, saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya, cuma mungkin itu bukan rezeki saya. Mau buat macam mana juga kan. Saya tidak pasti sejauhmana kebenaran cerita dari salah seorang band pengiring, memberitahu saya di mana pada masa saya tidak diumumkan menjadi finale, ada pihak (dengar-dengar macam orang kuat Keningau dia nie....) yang tidak berpuas hati dan pihak tersebut memanggil semua yang terlibat termasuk Pengadil, Band Pengiring dan ahli jawatankuasa pengajur. Mereka kononnya membincangkan mengenai persembahan saya. Akan tetapi keputusan adalah muktamad. Fredoline Raymond tersingkir...Aduiiii... Pemenang pada masa tu adalah Sabidol Welly Kelo a.k.a S.Welly yang kini famous dengan lagu Gadis Kudat.

Semangat atau pun kekuatan saya tidak berhenti setakat itu...Saya malah semakin berani untuk bertanding...Tahun yang sama (2002), saya memberanikan diri sekali lagi untuk menyertai pertandingan sugandoi kaamatan di Daerah Tenom. Itu semua atas dorongan ahli keluarga saya. Hmm... Mungkin sudah rezeki saya... Masa saya datang ke Urusetia Daerah Tenom saya diberitahu bahawa pendaftaran penyertaan sudah ditutup dan saya masih di terima untuk menyertai. Nasib - nasib... Saya teruskan dengan latihan pada hari tersebut juga. Pentandingan separuh akhir menjelang tiba. Saya sudah cukup bersedia dan tidak sabar untuk membuat yang terbaik. Syukur pada Tuhan yang memberikan bakat ini kerana akhirnya saya telah terpilih menjadi finale. Menjelang final, ramai saudara mara yang datang memberikan sokongan moral kepada saya dan saya begitu bersemangat. Akhirnya saya telah dinobatkan menjadi Naib Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tenom 2002. Ini lagi satu hal... Saya diberitahu oleh salah seorang ahli jawatankuasa penganjur dimana saya difahamkan ada orang yang membuat complaint yang menginginkan hak mereka sebagai Orang Tenom. Saya sepatutnya menjadi Juara pertandingan tersebut. Akan tetapi diletakkan ke Naib Juara atas alasan saya bukan orang Tenom. Padahal yang dinobatkan sebagai Johan itu asalnya dari daerah Tambunan. Mana acihh nieee....*lol*

Dipendekkan cerita...Pihak Pengajur Sugandoi Kaamatan 2008 sebulat suara untuk menghantar saya sebagai wakil daerah kecil Kemabong ke Peringkat Negeri. Sekali bertemu dengan Johan Daerah Tenom dan wakil Daerah Keningau. Nasib terus menyebelahi saya kerana saya layak ke final. Akhirnya, saya telah dinobatkan menjadi Naib Johan Peringkat Negeri Sabah, dimana Johan Janiri Sipaji (Popular dengan Romito Iti Tupusku Pusakag 2) dan tempat ke - 3 Dennise Primus (DJ Popular Sabah Vfm..Noiiiikot Vinasi!!)

2 comments:

HoneyBUZZin said...

Wa..tak kisahlah kalau tak menang sekalipun, yang penting ada pengalaman menjadi penyanyi..bukan senang tu.
Anyway..I wish you all the best la..lain kali cubalah bertanding lagi, mana tau ada rezeki menjadi seorang penyanyi..
Hehehehe..tidak kuduga.. - S.lyn

Fredo said...

Ya betul tu lyn...yang penting ada pengalaman kan...Syukur la pada Tuhan yang memberikan bakat...Kalah menang adat bertanding...dan Kalau ada rezeki menang la kan...hehehe