Wednesday, July 30, 2008

Perubahan Tarikh Pelancaran Album

Hi semua... sini saya mau announce dengan kawan - kawan semua di mana tarikh pelancaran album saya telah ditunda seperti di bawah :

Tarikh : 23hb Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 7.30pm
Tempat : Dewan Masyarakat Keningau


Kelewatan permit acara menyebabkan majlis pelancaran album dan telemovie ini ditunda. Jadi kepada semua kawan - kawan yang jauh dan dekat datanglah beramai - ramai untuk memberi sokongan kepada kami... Jumpa di sana kiooo...

<----------------------------------->

Ok...hari tu Bobby ada tag saya...6 favourite pictures kah tu Bobby? Sabar ahhh.. sebab saya belum lagi cari - cari tu gambar... Nanti kalau sudah saya dapat saya buat juga...hehehe

<------------------------------------>

Sekarang pula saya mau cerita mengenai sambutan Karnival Belia Peringkat Negeri baru - baru ini (26 Julai 2008)... Dijangka 5000 belia (+ beliau hehehe) yang membanjiri Kompleks Sukan Kudat untuk memeriahkan Karnival tersebut. Acara bermula tepat jam 8.30am dan Lagu Kebangsaan Negaraku (Nyanyi 2 kali pasal itu technician salah tekan hahah), Sabah Tanah Airku, dan Belia Negara dinyanyikan oleh Koir Vinusak Production (+ saya pakai baju cina huhu...) Terdapat banyak acara telah dijalankan disepanjang Karnival tersebut dan tidak ketinggalan Skyline @ Sky Laser turut turun padang dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Saya juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan album solo saya yang pertama... Sambutan diluar jangkaan... Memang sporting habislah orang Kudat nie... Tabik Springggg untuk diorang... Cuaca begitu terik sekali namun itu tidak menghalang kepada penyokong - penyokong untuk memeriahkan booth Sky Laser. Kehadiran Clarice John Matha, Ammath Assir, Dyan, Amie Joba, dan beberapa artis Gunsanggong telah menghangatkan lagi suasana dengan persembahan dan coleteh mereka. Para belia Kudat tidak berganjak dari tempat duduk mereka untuk melihat dan mencuba nasib dalam ujibakat nyanyian dan lakonan yang dijalankan pada hari tersebut. Ramai yang telah mencuba nasib... entah nasib siapa pula kali ini yang mungkin akan bernaung dibawah Sky Laser...Tunggu dan lihat...


Koir Vinusak Production + Fredo
hehhehe...


Silat diaaa....


Fredo in action....


Waaa...best nie ada juga orang appreciate kita...


Clarice John Matha the performer...


Dyan in action... Cikgu bukan sembarang cikgu...


Thanks to AcikDin for the pic...


Thursday, July 24, 2008

Launching Album & Telemovie


Promosi dan Pelancaran Album/Telemovie

Tarikh :10th Ogos 2008
Masa : 7.30am - Promosi

7.30pm - Pelancaran Album
Tempat : Promosi - Dewan Arked Keningau

Pelancaran - Dewan Masyarakat Keningau

Kopisanangan kumaa toinsanan... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan - kawan yang tidak henti - henti memberi sokongan kepada saya. Ramai yang bertanya kepada saya mengenai pelancaran album saya...bila? dan di mana? Kali ini pelancaran diadakan di Keningau kerana sebuah telemovie yang bertajuk YAGAII (Bro Ramli betulkan saya kalau saya tersilap...) yang dibintangi oleh pelakon baru yang semuanya berasal dari daerah Keningau!!! Juga...Album terbaru Jestie Alexius akan dilancarkan pada hari, waktu dan tempat yang sama secara serentak. Leena (Finalis KDM Idol + Pemenang Tempat ke-3 Sugandoi Kaamatan 2008 Peringkat Negeri) dan Francisca a.k.a Fran (Finalis KDM Idol) yang kini memiliki 2 lagu single beliau sendiri, sering kali berkumandang di corong radio SabahVfm yang berjudul "Tupus Au Notilombus" dan "Kalansanan" akan turut hadir memeriahkan pada hari tersebut sebagai artis undangan. Rasanya semua sudah jelas dan harapan saya agar sokongan anda ndak putus - putus dan jangan lupa untuk hadir ke Majlis Pelancaran Album/Telemovie ini... Kasih ramai - ramai dia... Sokongan anda saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih!!! Datang...jangan tidak datang kio... :-)




Francisca a.k.a Fran


Leena



Thursday, July 17, 2008

Lirik Lagu - Piupusan Toh Koupusan Ku


Piupusan To Koupusan Ku

Koupusan
Baino opurimanan ku tupusnu
Ika no songulun id ginawoku
Babang piginawaan
Upuson ko ika sogigisom

Koupusan
Pamatos yoho no id suang ginawo nu
Avanadan no daa piupusan toh
Gisom sogigisom
Iso ginawo
Id Piginawaan diti...
woahhh..

Sundung hilo ko soborong rahat
Au ku sumimban dika
Gisom id koposionku
Andadon ku kasari ika
Onggomo ku ie batos
Gisom sogigisom
Piupusan toh koupusan ku...

Lirik/Lagu : Ray EMP

Suka sangat, sangat, sangat... Inilah ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya bila dapat demo lagu nie... Heheheeh... Saya suka melody lagu yang sebegini. Terus saya sms kepada tuan empunya lagu cakap thanks sebab bagi lagu ni. Urrmmm... Saya ambil masa lebih kurang 2 hari untuk hafal lirik dan melodi dan selepas tu cuba kurik - kurik kisah lampau kalau saya pernah dalam keadaan atau situasi dalam penceritaan lirik lagu ini. Hahaha... Sebenarnya bukan apa, saya cuma mau ambil mood dan menjiwai lagu ini agar saya dapat sampaikan lagu ini dengan sebaik mungkin. Semasa proses rakaman saya begitu selesa, tenang dan bersemangat tanpa rasa tertekan. Lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang seseorang yang mula menyedari hakikat bahawa dia sangat menyayangi kekasihnya yang berada jauh dari dirinya. Dia meminta agar kekasihnya itu sentiasa memegang cinta yang mereka walau dimana pun mereka berada. Dia berjanji kepada kekasihnya akan menunggu beliau dan mencintainya sampai selama - lamanya (Ngam ka tu RayEMP..hehehe) Rasanya saya sudah buat yang terbaik untuk lagu nie... Saya berharap agar semuanya terhibur....

Sunday, July 13, 2008

Thanks...

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur saya kepada Tuhan yang telah memberikan saya bakat yang begitu indah ini untuk dikongsi bersama pendengar dan peminat seni muzik tempatan.

Terima kasih ini juga buat Skyline Enterprise dan Ampal Production yang secara langsung telah membawa saya ke dunia seni nyanyian ini menerusi penganjuran Kadazan Dusun Murut Idol I (KDMI I) 2005. Pelbagai program telah diatur oleh pihak Skyline dan Ampal production yang begitu bertungkus lumus dalam memperkenalkan saya dan rakan – rakan lain sebagai pendatang baru ke mata dan telinga peminat seni tempatan ini. Saya sangat berterima kasih kepada Uncle Ampal (Abu Bakar Ela) yang seringkali memanggil kami untuk turut serta dalam show beliau, sekaligus kami dapat mempromosikan diri kami. Album kompilasi KDM I, Album Kompilasi Sinding – Sinding do Krimas, Album Kompilasi Mega Skyline II dan juga Telemovie Kenapa Dengan Mereka, telah banyak membantu saya dan rakan – rakan lain menempah nama khususnya di negeri Sabah.

Setelah penghasilan album Reno Rodney Fabianus (Juara KDM I) dan Auni Nabilla Antari (Tempat ke – 3 KDM I) kini tiba giliran saya pula. Sebenarnya saya langsung tidak pernah menyangka saya akan memiliki album solo saya sendiri kerana sebelum ini saya juga tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi artis rakaman. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Skyline dan Ampal Production kerana memberikan kepercayaan dan peluang keemasan ini kepada saya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penghasilan album ini. Asmin Mudin (Umbut) yang begitu banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang sangat berguna kepada saya sejak dari hari pertama jumpa sehinggalah sekarang ini. Rayner Kilik dan Ading pencipta lagu KADUS yang begitu ummmpphhh sekali… Lady Lydia (Lydia Kalidin) dan Clarice John Matha yang banyak memberi pendapat dan idea. Tidak lupa juga buat Bro Ramli yang bertindak sebagai penasihat dan juga Our Big Boss Mr Edward Seah yang membuka peluang ini kepada saya.

Tidak dilupakan kepada keluarga saya, Bapa (Raymond), Mama (Rose), my siblings, uncles, aunts, cousins, and to all my relatives for supporting me. Pounsikou augigina. Kawan – kawan “bloggers” yang sentiasa memberikan kata – kata semangat, komen - komen dan idea – idea mereka kepada saya.

Bercakap mengenai perasaan saya sekarang...excited, teruja, gembira tapi dalam masa yang sama gementar juga. Saya gementar sebab takut feedback pendengar. Apa yang boleh saya katakan mengenai album ini adalah pelbagai rentak telah dimuatkan r n b sikit – sikit, pop –rock, pop ballad, sumazau, cha cha dan banyak lagi. Istimewa dalam album ini juga, terdapat satu lirik yang saya tulis sendiri dan digramatiskan lagi oleh pencipta lagu terkenal, Asmin Mudin lagu yang diberui judul Cinta Dihati. Lagu ini pernah memenangi lagu terbaik dalam Anugerah Carta Artis Tempatan Sabah CATS yang dianjurkan oleh RTM Sabah pada tahun 2006. Lagu - lagu seperti Guli No Da, Piupusan To Koupusan Ku, Ingaa Oku Id Suang Ginawonu dan Sumandak Check Tekanan Darah adalah merupakan lagu favourite saya. Saya sangat berharap agar semua dapat menerima album ini dan saya berharap agar semua terhibur. Dapatkan yang ORI jangan yang punya pirated ok… Sokong industri tempatan kita!!! Araaamaaaiiitiii!

Monday, July 7, 2008

Cover Album




Friday, July 4, 2008

Percintaan Tanpa Izin 2


Tajuk :

Percintaan Tanpa Izin 2

Pelakon :

Clarice J. Matha, Den Bisa, Abdul Kanis Sainali, Abu Bakar Ellah, Shira, Ela Sabah, Hasnah Ibrahim, Ammath Assir, Lydia Kalidin, Daniel Seah, Jamil Aziz, Marlin Malalin, Normah Kassan, Rusdee @ Acai, Troy, Sofiah Hj. Noe, Mahdum Sulayman, Telna Abduh.

Arahan :

Abu Bakar Ellah

Penerbit :

Edward C.K Seah.

Mengisahkan Den yang kembali ke Sabah untuk menjejaki Clarice bekas kekasih yang ditinggalkannya di Kudat dulu. Den memilih Semporna sebagai destinasinya kerana dia tahu di sana Pak Cik sentiasa menunggu kedatangannya. Den mendapat pekerjaan di sebuah resort sebagai penyanyi kerana itu adalah satu-satunya bakat besar yang Den miliki. Dunia terlalu kecil, rupanya pemilik resort itu adalah Rashid Dato' Johari iaitu suami kepada Clarice yang kini menggunakan nama sebagai Camila. Den tersepit dengan realiti di hadapan matanya, Clarice terheret sama ke ruang keliru, hampa dan serbah salah. Mereka masing-masing mahu menganggap semua itu sebagai mimpi tapi rupanya nyata. Benarkah itu adalah pertemuan terakhir, apakah Den akan melepaskan Clarice begitu saja? Saksikanlah kesudahannya...

Bahan diperolehi daripada : www.sky-laser.com

Album Pertama Fredo

Yesterday, our Boss Basar Skyline Enterprise a.k.a Lopan a.k.a Mr Edward Seah (Banyak a.k.a lerrr...) told me that my album will be release next week. Unfortunately, i forgot to ask the exact date. Biarlah... Tunggu dan lihat ja... Saya pun mau kasih suspen diri sendiri...wakakaka... Saya excited memang excited but at the same time saya rasa macam takut, bimbang. Apa-apapun saya akan bagi tau dengan korang semua bila tarikh sebenar album saya akan keluar... Errmmm... Apa - apapun saya harap dapat sokongan daripada kamu semua... Pounsikou kumaa toinsanan...