Sunday, July 13, 2008

Thanks...

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur saya kepada Tuhan yang telah memberikan saya bakat yang begitu indah ini untuk dikongsi bersama pendengar dan peminat seni muzik tempatan.

Terima kasih ini juga buat Skyline Enterprise dan Ampal Production yang secara langsung telah membawa saya ke dunia seni nyanyian ini menerusi penganjuran Kadazan Dusun Murut Idol I (KDMI I) 2005. Pelbagai program telah diatur oleh pihak Skyline dan Ampal production yang begitu bertungkus lumus dalam memperkenalkan saya dan rakan – rakan lain sebagai pendatang baru ke mata dan telinga peminat seni tempatan ini. Saya sangat berterima kasih kepada Uncle Ampal (Abu Bakar Ela) yang seringkali memanggil kami untuk turut serta dalam show beliau, sekaligus kami dapat mempromosikan diri kami. Album kompilasi KDM I, Album Kompilasi Sinding – Sinding do Krimas, Album Kompilasi Mega Skyline II dan juga Telemovie Kenapa Dengan Mereka, telah banyak membantu saya dan rakan – rakan lain menempah nama khususnya di negeri Sabah.

Setelah penghasilan album Reno Rodney Fabianus (Juara KDM I) dan Auni Nabilla Antari (Tempat ke – 3 KDM I) kini tiba giliran saya pula. Sebenarnya saya langsung tidak pernah menyangka saya akan memiliki album solo saya sendiri kerana sebelum ini saya juga tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi artis rakaman. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Skyline dan Ampal Production kerana memberikan kepercayaan dan peluang keemasan ini kepada saya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penghasilan album ini. Asmin Mudin (Umbut) yang begitu banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang sangat berguna kepada saya sejak dari hari pertama jumpa sehinggalah sekarang ini. Rayner Kilik dan Ading pencipta lagu KADUS yang begitu ummmpphhh sekali… Lady Lydia (Lydia Kalidin) dan Clarice John Matha yang banyak memberi pendapat dan idea. Tidak lupa juga buat Bro Ramli yang bertindak sebagai penasihat dan juga Our Big Boss Mr Edward Seah yang membuka peluang ini kepada saya.

Tidak dilupakan kepada keluarga saya, Bapa (Raymond), Mama (Rose), my siblings, uncles, aunts, cousins, and to all my relatives for supporting me. Pounsikou augigina. Kawan – kawan “bloggers” yang sentiasa memberikan kata – kata semangat, komen - komen dan idea – idea mereka kepada saya.

Bercakap mengenai perasaan saya sekarang...excited, teruja, gembira tapi dalam masa yang sama gementar juga. Saya gementar sebab takut feedback pendengar. Apa yang boleh saya katakan mengenai album ini adalah pelbagai rentak telah dimuatkan r n b sikit – sikit, pop –rock, pop ballad, sumazau, cha cha dan banyak lagi. Istimewa dalam album ini juga, terdapat satu lirik yang saya tulis sendiri dan digramatiskan lagi oleh pencipta lagu terkenal, Asmin Mudin lagu yang diberui judul Cinta Dihati. Lagu ini pernah memenangi lagu terbaik dalam Anugerah Carta Artis Tempatan Sabah CATS yang dianjurkan oleh RTM Sabah pada tahun 2006. Lagu - lagu seperti Guli No Da, Piupusan To Koupusan Ku, Ingaa Oku Id Suang Ginawonu dan Sumandak Check Tekanan Darah adalah merupakan lagu favourite saya. Saya sangat berharap agar semua dapat menerima album ini dan saya berharap agar semua terhibur. Dapatkan yang ORI jangan yang punya pirated ok… Sokong industri tempatan kita!!! Araaamaaaiiitiii!

No comments: