Wednesday, February 13, 2008

Happy Valentine's Day!!!

Kisah disebalik Valentine

Ada berbagai kisah yang didakwa membawa permulaan sambutan hari yang 'istimewa' ini. Tetapi walau apapun kisahnya, semuanya mempunyai pertalian dengan tradisi orang-2 Kristian dan Roman. Menurut suatu riwayat yang munasabah, popular dan boleh dipercayai, Saint Valentine adalah nama seorang paderi gereja yang mati 'syahid' semasa berkhidmat di Rom pada abad ke-3. Raja Claudius II yang memerintah pada masa itu berpendapat bahawa rakyatnya yang lelaki yang belum berkahwin adalah lebih berpotensi dijadikan askar yang terbaik berbanding yang sudah berkahwin dan berkeluarga. Oleh itu, beliau melarang lelaki berkahwin di usia yang masih muda. Saint Valentine tidak setuju dengan peraturan itu. Beliau tetap mengadakan upacara pernikahan pemuda-pemuda Rom tetapi secara sembunyi, tetapi akhirnya diketahui oleh Raja Claudius II. Raja Claudius II memerintahkan Saint Valentine dihukum bunuh. Akhirnya, pada tanggal 14 Februari, Saint Valentine menjalani hukuman mati. Ramai rakyat jelata yang sedih dan meratapi kematian Saint Valentine kerana jasanya mempertahankan hak pemuda untuk berkahwin di awal usia. Pasangan-2 yang pernah dinikahkan oleh Saint Valentine mula memperingati dan menghormati tarikh kematiannya sehinggalah ia menjadi suatu upacara ritual setiap kali tibanya tarikh ini.

(petikan dipetik dari Deth)

Hmmm...Nampaknya Valentine Day - Hari Memperingati Kekasih telahpun tiba...Sudah pasti anda semua telahpun merancang untuk meraikannya bersama yang tersayang...Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Valentine Day kepada semua...Jadikan Hari Valentine tahun ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ini...Hehehe...



zwani.com myspace graphic comments





Glitter Photos




No comments: