Wednesday, July 30, 2008

Perubahan Tarikh Pelancaran Album

Hi semua... sini saya mau announce dengan kawan - kawan semua di mana tarikh pelancaran album saya telah ditunda seperti di bawah :

Tarikh : 23hb Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 7.30pm
Tempat : Dewan Masyarakat Keningau


Kelewatan permit acara menyebabkan majlis pelancaran album dan telemovie ini ditunda. Jadi kepada semua kawan - kawan yang jauh dan dekat datanglah beramai - ramai untuk memberi sokongan kepada kami... Jumpa di sana kiooo...

<----------------------------------->

Ok...hari tu Bobby ada tag saya...6 favourite pictures kah tu Bobby? Sabar ahhh.. sebab saya belum lagi cari - cari tu gambar... Nanti kalau sudah saya dapat saya buat juga...hehehe

<------------------------------------>

Sekarang pula saya mau cerita mengenai sambutan Karnival Belia Peringkat Negeri baru - baru ini (26 Julai 2008)... Dijangka 5000 belia (+ beliau hehehe) yang membanjiri Kompleks Sukan Kudat untuk memeriahkan Karnival tersebut. Acara bermula tepat jam 8.30am dan Lagu Kebangsaan Negaraku (Nyanyi 2 kali pasal itu technician salah tekan hahah), Sabah Tanah Airku, dan Belia Negara dinyanyikan oleh Koir Vinusak Production (+ saya pakai baju cina huhu...) Terdapat banyak acara telah dijalankan disepanjang Karnival tersebut dan tidak ketinggalan Skyline @ Sky Laser turut turun padang dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Saya juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan album solo saya yang pertama... Sambutan diluar jangkaan... Memang sporting habislah orang Kudat nie... Tabik Springggg untuk diorang... Cuaca begitu terik sekali namun itu tidak menghalang kepada penyokong - penyokong untuk memeriahkan booth Sky Laser. Kehadiran Clarice John Matha, Ammath Assir, Dyan, Amie Joba, dan beberapa artis Gunsanggong telah menghangatkan lagi suasana dengan persembahan dan coleteh mereka. Para belia Kudat tidak berganjak dari tempat duduk mereka untuk melihat dan mencuba nasib dalam ujibakat nyanyian dan lakonan yang dijalankan pada hari tersebut. Ramai yang telah mencuba nasib... entah nasib siapa pula kali ini yang mungkin akan bernaung dibawah Sky Laser...Tunggu dan lihat...


Koir Vinusak Production + Fredo
hehhehe...


Silat diaaa....


Fredo in action....


Waaa...best nie ada juga orang appreciate kita...


Clarice John Matha the performer...


Dyan in action... Cikgu bukan sembarang cikgu...


Thanks to AcikDin for the pic...


2 comments:

Bambangan @ Ony said...

Pelancaran 23hb ni, adus inda dapat p oh bro, kami masih di Ranau lagi tu, kami akan jalan pada 19-24 Ogos untuk menghadiri kemuncak Sabah Youth Day. Walau apa pun sia tetap sukung korang....

Fredo said...

ooo..ya masih lagi SYD kan...bah ndak pa la...doakan kejayaan kami nanti k...thnks...