Marang Parang Long House - Tanjung Sempang Mengayau, Kudat
Frrriiinngggg....Adeh! Macam Lotter (AF4) la pula...Oklah kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Rumah Panjang Marang Parang. Saya bersama 2 orang rakan, baru-baru ini makan angin di Simpang Mengayau. Kemudian, saya tertarik dengan rumah panjang yang ada di sana. Tergerak hati ingin tahu dengan lebih lanjut. Jadi sayapun tanya dengan kawan saya... Rupa-rupanya tuan empunya rumah panjang tu ialah saudara mara diorang juga... Aduii napa tidak cakap siang-siang...Finally dapat juga saya sedikit maklumat tentang rumah panjang tu...Saya ada ramai kawan, saudara mara yang tanya dengan saya..."Kalau pigi simpang mengayau ada tempat tinggal ka?...ada chalet? ada hostel?..." Masa tu saya tidak sure lagi...sekarang saya sudah ada jawapan dia....
Marang Parang Long House terletak lebih kurang 28km dari bandar Kudat. Cakap saja Tanjung Sempang Mengayau memang semua orang cakap "ooooo...Tip of Borneo".... Dalam rumah panjang tersebut mempunyai empat buah bilik. Tilam, Bantal, Mosquitoes Net, Selimut juga disediakan. Buat masa ini bekalan elektrik belum ada walaubagaimanapun mereka mengguna kan generator sebagai bekalan elektrik. Jadi kalau telefon bimbit anda flat bateri jangan risau la...Jadi kepada mereka yang berminat atau ingin cuba suasana bermalam di rumah panjang bolehlah berkunjung ke Marang Parang Long House...
Menurut tuan empunya rumah panjang ini, kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan. Untuk Pelancong kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM68.00. Manakala warga tempatan pula adalah sebanyak RM50.00. Bayaran tersebut termasuklah makan dan minum. Makanan sudah pasti "serve no pork" hehehe...4 jenis makanan ala-ala kampung seperti Ulam, ikan dsb...Rasanya sedap juga tu kan...Ikanpun fresh-fresh lagi tu...Ok la...kepada sesiapa yang rasa-rasa mau datang berkunjung ke Sempang Mengayau dan bermalam disitu boleh menghubungi Emcik Ahmad Pukus ditalian 012-8302095. Okeyy...Kalau datang jangan lupa hubung saya juga...Saya jadi tourist guide hehehhee....